Sunday, June 26, 2011

Dia - Prolog

Laluan trafik pada pagi ini tidak lah terlalu sibuk kalau nak dibandingkan dengan hari-hari lain, cuaca pulak agak baik. Aku menilik sekilas wajahku di cermin pandang belakang ketika kereta yag aku pandu berhenti seketika,mematuhi lampu isyarat yang sudah bertukar warna ke merah. ‘ Tudung okay je,make-up pun okay jugak.’ Bisikku di dalam hati. Aku menjatuhkan pula pandangan mata ke arah baju yang aku pakai. Sepasang baju kurung dari fabrik cotton Vietnam masih terletak kemas di atas susuk tubuhku.

“ Baju pakai,kain pun dah pakai,lab coat dah bawa, purse, handbag, handphone...semua dah ada. Ish, apa yang tak kena dengan aku hari ni.” Ngomelku sendirian. Aku menilik pula jam tangan yang aku pakai di pergelangan tangan kanan, pukul 6.45 pagi. ‘Okay la ni, kalau nak kata lewat pun,hospital dekat depan tu je, sempat lagi kalau nak dengar passing over report, bukan lewat pun’. Debar di dada semenjak semalam masih berombak kencang. Tidak tahu dan tidak mampu mengagak apa yang bakal terjadi, aku menyandarkan kepala ke head rest seat kereta menanti pertukaran lampu isyarat dari merah ke hijau.

Hon dari sebuah kereta dibelakang keretaku ternyata membawa pergi semua lamunan yang bermain di benakku sebentar tadi. Aku mengerling sekilas ke cermin pandang belakang . “Huh,macam la jalan ni dia sorang yang bayar cukai, tak sabar-sabar!. Eleh, kau ingat aku tak mampu ke nak beli kereta mcm kau, setakat Honda Accord tu, aku kumpul duit sikit je lagi, konpem dapat. Siap ada sticker tulis ‘Jelita’ lagi. Nak promote apa entah, majalah Jelita? butik Jelita? Kedai Kain Jelita? tak pun Kedai Keropok Lekor Jelita?” bebelku sendiri. Aku menekan pedal minyak setelah memasukkan gear yang betul. Proton Persona yang aku pandu lancar meneruskan perjalanan. Setelah membuat pusingan U, aku membelokkan kereta ke perkarangan kawasan Hospital Tengku Ampuan Afzan.
            Tak susah untuk aku mencari parking seawal-awal jam begini. Setelah memakirkan kereta berhampiran dengan cafe hospital, aku dengan pantas memakai lab coat yang tertera nama kolej kejururawatan tempat aku bekerja. Tulisan bewarna hitam yang dicetak di atas poket sebelah kanan dada bersama logo kolej sudah mampu memberitahu kepada umum di mana aku bekerja. Aku mencapai beg tangan lantas mengunci kereta ,dengan semangat berkobar-kobar, aku melangkah ke arah pintu masuk hospital.`Berdebar –debar sebab hari pertama jumpa student kot’ bisikku di dalam hati.

            Dari kejauhan aku sudah melihat kelibat sekumpulan gadis-gadis berpakaian seragam kesemuanya. Masing-masing mengenakan uniform pelbagai warna. Ada yang beruniform lengkap warna kuning lembut, biru lembut, putih berjalur biru, dan sebagainya. Di sudut yang lain pula beberapa orang pelajar lelaki memakai uniform kejururawatan yang mewakili kolej masing-masing sedang duduk bersantai sambil berbual, mungkin menunggu pertukaran shift barangkali. Teryata bidang kejuruwatan yang suatu masa dulu dimonopoli oleh golongan wanita kini semakin mendapat tempat di sanubari sang teruna pula. Aku tersenyum sendirian. Tidak mahu berebut lif dengan para pelajar itu, aku segera menghayun langkahku ke arah tangga yang disediakan. ‘ Nasib baik pihak kolej letakkan aku di tingkat yang rendah-rendah je,kalau tak,mahu setengah jam tunggu depan lif, mana dengan kakitangan hospitalnya, pelajar-pelajar lagi, aduh’ keluhku di dalm hati. Kini aku berdiri di pintu masuk wad Pediatrik  di aras dua bangunan pertama hospital. Enam orang pelajar yang memakai seragam ungu lembut ,bertudung hitam beserta cap.  Cap yang dipakai berfungsi sebagai pegenalan diri untuk seseorang jururawat itu dalam melaksanakan tuntutan pekerjaan di perkarangan hospital. Dari kejauhan aku dapat mendengar salah seorang dari mereka memberitahu lima orang yang lain tentang kehadiranku. Mereka menyambutku dengan senyuman. Setelah bersalaman,kami bersama-sama melangkah masuk ke dalam wad.
“ Kamu semua ambil report dulu,lepas tu baru kita bersuai kenal. Okay?” aku melemparkan segaris senyuman.
“ Okay puan” Jawab salah seorang dari mereka berenam.
“...Cik lagi la” jawabku bersahaja. Tidak mahu terlalu formal dengan para pelajar.
 Tiga minit sebelum pukul tujuh pagi, passing over report berlangsung, tujuh orang jururawat mengelilingi sebuah troli yang memuatkan kesemua fail-fail pesakit. Aku bersama para pelajarku menempatkan diri di kalangan jururawat-jururawat yang terlibat. Butir-butir pesakit dibaca satu persatu. Daripada nama pesakit, nombor pendaftaran pesakit, sehinggalah ke pelan kejururawatan seterusnya. Tidak ada yang tertinggal. Setelah mencatatkan butir-butir penting setiap pesakit, pass report berakhir, jururawat-jururawat yang tamat shift pulang dengan penuh kepuasan di hati, satu lagi hari dalam sejarah hidup mereka sebagai seorang jururawat berakhir dengan baik. Yang mana perlu telah dibantu. Yang bakal memulakan shift pula,berdoa supaya satu lagi hari bercorak indah dalam sejarah mereka sebagai seorang jururawat.

Assalamualaikum semua, salam dihulur tatkala aku menolak lembut daun pintu bilik rehat yang kami gunakan untuk taklimat pendek itu. Aku mengukirkan segaris senyuman buat para pelajarku. “ Okay, nak mulakan dengan apa ye? Emm, nama saya semua dah tahu kan..okay,skip bahagian nama, saya diarahkan untuk menggantikan clinical instructor kamu sebelum ni, puan aida yang cuti bersalin. Bermula jumaat lepas. Saya baru saja diberitahu oleh pihak kolej pada sabtu lepas. So,this is my first time in this hospital,  before this, we’d already met at the college right, so, saya harap, kamu semua dapat membantu saya since,korang semua lagi senior daripada saya dekat hospital ni.” Kataku dalam tawa.
“No problem miss” jawab salah seorang dari mereka. Aku sempat mengerling ke arah tag nama yang tersemat kemas pada uniform pelajar berkenaan, Nur Iftitah.
“ Dan mungkin saya akan jaga kamu semua sehingga habis praktikal untuk semester ni la. Saya difahamkan yang kamu semua sudah seminggu berada di wad ni ya tak?” Tanyaku kepada mereka.
“Ya miss” jawab salah seorang dari mereka.
“So, masing-masing semua dah tahu kan apa peranan kita sebagai seorang jururawat di wad Pediatrik ni? Lagipun kamu semua dah semester empat,dah perlu mencuba untuk berdikari. Lagi dua sem dah nak qualified. Cuma dalam sesetengah procedure penting yang melibatkan bayi baru lahir, saya tegaskan kamu semua untuk buat procedure hanya apabila ada pengawasan daripada saya. Kita deal dengan nyawa baby. Okay?” Terangku secara ringkas kepada mereka.
“Okay miss” jawab mereka. Kenapa ada riak ketakutan di wajah mereka? Adakah aku terlalu tegas?
“Jangan risau sebab saya tak tahu sangat nak marah orang” sendaku dalam bersahaja. Kulihat ada segaris senyuman di wajah mereka. Gelodak di hatiku kembali reda. Setelah menjawab beberapa pertanyaan dan menghuraikan beberapa kekalutan, aku lepaskan mereka untuk menjalankan praktikum.

Selesai minum pagi bersama rakan-rakan pengajar yang lain di cafe hospital, aku bergegas kembali ke kolej setelah menerima panggilan dari bahagian receptionist kolej. Aku diminta untuk berjumpa dengan ketua koordinator bagi mengambil sukatan pelajaran para pelajar.
“Riana!!”  Namaku dilaungkan dari satu arah. Aku tersenyum tatkala terpandangkan gerangan empunya suara.
“Riana tertinggal fail ni atas meja kak Syam semalam, dengan attendance book budak-budak tu sekali. Tu pasal kak Syam suruh Sherry receptionist tu call handset Riana tadi.” Jelas kak Syam.
“Sorry kak Syam. Riana tak ingat langsung. Riana tak tau la apa kena dengan Riana ni. Dari semalam lagi, asyik kalut je.” Terangku kepada kak Syam.
“Riana ada masalah ke?” tanya kak Syam.
“ Tak pun, Riana okay je. Tapi entahlah, berdebar-debar dari semalam lagi. Kurang rehat kot.” Kataku kepada kak syam. Kak Syam tersenyum memandang kearahku.
“ Orang tua-tua kata, kalau kita asyik berdebar-debar ni, alamat cinta nak datang menyapa.” Sambung Kak Syam.
“ Merepek Kak Syam ni!! Ha memang lah, jap lagi Cinta Aditya datang menyapa Riana” pintasku berseloroh. Cinta Aditya seorang rakan pensyarah dari Jakarta Indonesia, yang aku kirakan berhati tegar. Seorang ibu yang sanggup meninggalkan tiga orang cahaya matanya di kampung halaman demi untuk menyara keluarga untuk hidup yang lebih senang. Tiba-tiba telefon bimbit Kak Syam berdering. Kak Syam segera menjawab panggilan telefon tersebut. Aku membuat isyarat tangan kepada Kak Syam untuk berlalu pergi.

Selesai mandi, dan bersolat subuh, aku bersiap untuk ke hospital. Semalam aku tidak sempat untuk menghabiskan satu hari bersama pelajar-pelajarku setelah terpaksa bergegas ke kolej untuk mengambil fail yang tertinggal. Akibatnya, aku terpaksa meninggalkan mereka berenam di bawah pengawasan Emy ,rakan sejawatanku yang juga merangkap housemateku.
Aku mengenakan sepasang baju kurung kain kapas,warna putih berbunga biru. Baju kurung yang masih nampak baru pada pandangan mataku,meskipun telah berkali-kali aku menggayakannya. Aku bersolek ala kadar. Tidak terlalu heavy,sesuai untuk ke tempat kerja. Sehelai selendang dari rona biru yang sama dengan bunga-bunga kecil pada baju, aku gayakan ala-ala Yuna,penyanyi lagu berentak indie yang semakin menempa nama di Malaysia kini. “Dah lah tu Riana, make-up lebih-lebih karang lari semua pesakit kat wad pulak” Aku berkata-kata sendirian smbil melemparkan selarik senyuman di hadapan cermin.
“ Hoi cik kak!! Apa kena dengan kau ni, bercakap sorang-sorang,siap senyum lagi, mental disorder ke apa?” terjengul muka Emy di muka pintu. Aku terperanjat.
“ Bagi la salam dulu kalau ye pun jealous dengan keceriaan aku pagi-pagi ni.” Sampukku bersahaja.
“ Kejadah apa aku nak jealous dengan kau! Huh! Baju yang sama lagi, kau takda baju lain ke, wahai Cik Nadi Adriana Bt Ahmad Nazir? Muka dah cantik tapi pakai baju yang dah nak reput bila-bila masa.” Emy senang hati mengenakan aku.
“ Buruk sangat ke baju ni Emy? Okay je aku rasa.” Aku mempertahankan diri.
“ Kalau orang yang first time tengok kau mesti akan kata, alahai ayunya dia, tapi untuk aku yang dah selalu tengok baju kurung kau yang dah nak expired tu, penat jugak lah.” Celoteh Emy mengenakan aku.
“ Alah! Tapi aku dah malas nak tukar..pakai je baju ni boleh?”  Aku bertanya kepada Emy sambil membelek tubuhku dihadapan cermin panjang.
“ Suka hati kau lah, cepat siap lepas tu keluar breakfast. Aku tak sempat nak masak lebih-lebih. Bangun lewat. Makan roti je boleh?” rayu Emy kepadaku.
“ Boleh,tapi malam nanti kau masak. Replacement !!” Emy melangkah keluar dari bilikku sambil mencebikkan bibir. Dari luar bilik tidurku, Emy menjerit “ Yelah! Yelah!” Aku ketawa geli hati.

            Selesai bersarapan, kami bersiap-siap meninggalkan rumah. Biarpun akan menuju ke destinasi yang sama, kami lebih selesa memandu kereta masing-masing. Lebih senang memandangkan aktiviti selepas kerja kami yang berbeza-beza. Emy pula sejak kebelakangn ini sibuk berulang alik dengan bandar untuk menyediakan kelengkapan majlis pertunangannya yang bakal berlangsung dalam masa kurang tiga bulan lagi.

            Selesai melakukan prosedur-prosedur asas seperti mendengar laporan dari jururawat yang megelola shift sebelumnya,mengemas katil dan mengambil tanda vital, aku mengarahkan pelajar-pelajarku yang tidak mempunyai tugasan untuk menyertai doktor-doktor,dan doktor pakar yang membuat rondaan di wad Pediatrik ini. Namanya pun kanak-kanak, memang agak mencabar tugas kami dalam mengendalikan emosi, perangai dan keadaan mereka. Kesabaran,keikhlasan, dan kesedaran dalam menjalankan tanggungjawab menjadi tunggak utama dalam mendukung tugas seseorang jururawat di sini. Dan ketika seseorang pesakit itu mampu berjalan keluar dari perkarangn hospital dengan senyuman,hanya Allah S.W.T yang mengetahui bagaimana lapangnya hati seorang jururawat itu. Setiap saat mewakili nyawa seorang pesakit.
            Lamunanku terhenti tatkala beberapa orang doktor dan doktor pakar tiba. Debaran di dadaku kini mula mencorak rentak. Perlahan, perlahan, sedikit deras, dan semakin bertambah laju. Kalau dikira degup nadiku sekarang, mungkin mencapai 90 beats per minute. Aku semakin tidak faham dengan tindak balas badanku tika ini.’ Apa kena lah dengan aku sekarang ni?’ bisikku di dalam hati. Sekadar untuk diriku. Doktor-doktor pakar mula berdebat dan berbincang perihal penyakit yang ditanggung oleh pesakit katil satu. Aku pula kurang memberi perhatian dengan keadaan sekeliling. Aku lebih banyak memikirkan keadaan diriku yang tiba-tiba berubah ini. Suara-suara mereka yang memberi penerangan mula bersimpang-siur di dalam pendengaranku. Satu pun tak masuk otak. ‘ish! Aku ni nak pitam ke apa?’ Bisikku di dalam hati. Aku mula menggerakkan jari-jari kaki dan tangan untuk menggalakkan peredaran darah beroksigen keseluruh badan. Selesai pesakit di katil pertama, kami beralih pula ke pesakit di katil sebelah. Kali ini aku berasa lebih tenang. Keadaan jarak antara dua katil yang agak sempit menyebabkan kami berlanggaran sesama sendiri. Dan ketika aku terlanggar sesusuk tubuh yang agak sasa di sebelahku, menyebabkan hidungku pantas menangkap aroma minyak wangi yang dipakai oleh lelaki ini. Dunhill Desire Blue ya! aku pasti dengan aroma ini, masakan tidak, inilah bau yang sering membuai rasaku, mendodoi tidurku, membaluti tubuhku suatu katika dulu. ‘ Ahh! Perfume kan banyak yang sama kat kedai, bukan kilang tu buat satu je.’ bicaraku didalam hati. Aku memberanikan diri mengangkat wajah untuk melihat gerangan lelaki yang bertembung denganku sebentar tadi.
Serentak, pandangan mata kami bertembung. ‘Iz...’ hati dan jiwaku berkutik tidak terkata. Redup pandangan mata itu masih meratah segenap wajahku. Debar didadaku berolak kencang. Semakin laju dan laju. Yang pasti aku tidak mampu lagi untuk menahan debaran di dada ini, serasa seperti jantungku mahu pecah disaat ini juga. Aku mengalih padangan dari terus bertatapan dengan empunya redup mata itu. Kurasakan panas mula menggauli pelupuk mata, air mata mula bertubir di birai, samakin sarat, sarat dan hampir luruh. Aku segera memalingkan wajah, memusingkan tubuh, dan dengan perlahan menghayun langkah meninggalkan kumpulan perbincangan itu. Tas tangan yang aku simpan di bilik rehat segera aku capai. Dengan pantas langkah dihayun menuju ke tempat pakir kereta. ‘ Sabarlah wahai hati, sabarlah, sekejap je lagi..’ aku memujuk sendiri hati yang gundah. Pelbagai perasaan mula bercampur baur. Kenapa dia? Mengapa di saat ini dia hadir? Pelbagai soalan menerjah mindaku. Aku tidak mampu lagi berfikir. Khidmat pesanan ringkas(SMS) aku hantar kepada Emy.

            `Emy ,please look after my student. Urgent. Please...’

Aku tidak mampu berfikir lagi. Kereta kupecut menghala ke rumah. Air mata yang bertakung,ku tahan sejak dari tadi luruh jua akhirnya,membasahi pipi, menyembah bumi. Telefon bimbitku melagukan irama pendek menandakan satu SMS telah diterima. Aku membiarkannya sepi.

Sunday, May 29, 2011

Si Pemilih Kasih......

kadang-kadang tak paham mcm mn nak paham hati manusia nie..kadang-kadang bila dah terlebih paham susah pulak nak lari..dah terikat..tapi itu bukan lah topik utama yang aku nak share kat sini....today's topic is 'pilih kasih'..(bukan rancangan realiti televisyen tuuu)...kenapa dlm dunia ni mesti ade org yg pilih kasih..okay fine...kita boleh assume, suka hati dia lah nak suka sapa, sayang sapa, pilih sapa2...tp untuk seorang yg kita anggap professional dgn bidang kerja dia, wajarkah die bersikap pilih kasih...?? adalah tidak wajar okay!!! saya tekankan disini...tidak wajar....semua mata melihat kamu...tp mungkin kamu yang tidak sedar tentang itu...dan jgn lupa juga Dia Yang Maha Melihat...kalau sikap si dia ni tak mengganggu orang lain...its okay...tp masalahnye...kerana sikap die nie...effect the whole...even masa depan seseorang itu....so, disini, saya ingin mengingatkan kepada diri saya sendiri yang selalu terlupa....silalah berfikir sebelum melakukan sesuatu...kalau taknak orang bercakap bukan2, sila pikir dulu habis2...kalau orang dah sibuk dok bercakap...silalah jgn merungut....'tepuk dada tanya selera'.....

Monday, May 23, 2011

Di Sini Mulanya..

salam perkenalan..this is just the beginning..im not hoping to be a great blogger..but..maybe just wanna share wit u guys out there..some story that we called it as LOVE.. terlalu besar untuk didefinisikan makna cinta itu sendiri..terpulang kepada pemilik hati yang merasainya..kadang-kadang cinta tak perlu di zahirkan dgn kata2..cukup sekadar dgn telepati hati yang merasainya...=) ini cerita saya, cerita anda pula bagaimana....